BeritaHaiwanUmum

Kucing Terperangkap Selama 2 Bulan Dalam Kerusi Sofa

16 Jun 2015 – Kucing selalu diberitakan dengan sifat menonjol yang nakal dan suka bermain.

Berita kali ini kucing terperangkap didalam sofa manakala pemiliknya berpindah ke rumah baru mereka di El Paso, Texas. Sebagai langkah persediaan sebelum berpindah ke penempatan yang lain di dalam negara itu, Fairbanks, Alaska. Mereka perlu memastikan dan menbuat semakan kesemua barang-barang mereka sebelum berpindah. Walau bagaimanapun, salah satu benda yang mereka tidak dapat cari ialah kucing peliharaan mereka. Tetapi mereka menyangka bahawa kucing mereka telah lari dari rumah sebelum pembungkusan barang-barang untuk pemindahan.

Puas mencari haiwan peliharaan mereka yang tidak kelihatan dan tidak menpunyai masa yang panjang untuk mencarinya, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa meninggalkan kucing peliharaan mereka untuk meneruskan berpindah rumah. Dengan itu yang berkata, akhirnya Kymberly dan Jesse Chelf dapat menemui kucing mereka apabila mereka terkejut mendengar bunyi yang datang dari dalam futon atau sofa mereka dimana lori syarikat yang bergerak membawa bersama barang-barang mereka.

Mereka mendapati Moosiea iaitu nama kucing peliharaannya kelihatan sangat takut, kurus dan kurang air. Kymberly dan Jesse Chelf cepat-cepat kejarkan kucing mereka ke sebuah hospital veterinar di mana ia menjalani pembedahan kecemasan. Nasib baik tiada apa-apa kesakitan yang teruk yang berlaku pada kucing peliharaan mereka dan kini kucing mereka dapat kembali ke rumah baru bersama-sama mereka. Moosie pergi dalam perjalanan yang tidak dijangka iaitu jalan darat, udara dan laut selama 2 bulan bersamaan 3700 batu merentasi negara sempadan.

Jika anda ingin berpindah rumah dan mempunyai haiwan peliharaan yang hidup bersama anda, pastikan bahawa binatang peliharaan anda diangkut dan dibawa sekali. Semak barangan anda beberapa kali untuk memastikan jika mana-mana haiwan kesayangan peliharaan anda mungkin tertinggal dalam almari, laci, rak atau pun seperti kes dalam artikel ini.