World Famous Blogger

Blogz
  • Home
  • News
  • Travel
  • Fashion
  • Hair & Beauty
  • Technology
Close

Type and hit Enter to search

Home/Bahasa Melayu/Umum/Cara Login Wifi Smart Selangor: Senarai Lokasi Dan Pendaftaran
wifi smart selangor
Umum

Cara Login Wifi Smart Selangor: Senarai Lokasi Dan Pendaftaran

By Blogz
April 14, 2026

Wifi Smart Selangor, yang dilancarkan pada 10 April 2010 di Medan Selera Prima 2, Seksyen 2, Shah Alam, adalah internet akses percuma khas kepada penduduk Selangor. Ia bermula dari Shah Alam dan kemudian akan dipasang ke lokasi awam yang lain seluruh Selangor secara berperingkat.

Cara-cara login internet Wifi Smart Selangor

* Harap maklum bahawa langkah demi langkah di bawah hanyalah contoh jika anda berada di Menara Jam Dataran Shah Alam dan anda ingin mengakses dan login wifi menggunakan komputer atau telefon pintar anda. Berikut ialah langkah untuk login kali pertama: –

1. Pastikan komputer atau telefon pintar anda menerima isyarat Wifi Smart Selangor (Wireless City Selangor).

2. Buka browser (Chrome atau Mozilla) dan mula menaip sebarang alamat laman web, contohnya www.selangor.gov.my

3. Laman web tidak akan dibuka dengan serta-merta, tetapi skrin pendaftaran pengguna akan muncul untuk membolehkan pengguna membuat Nama Pengguna dan Kata Laluan untuk tujuan Log Masuk.

4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan kemudian klik “Buka Akaun Saya”. Selepas berjaya mendaftar , Anda diminta Log Masuk untuk melayari internet.

5.Pergi ke skrin log masuk dan Taipkan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda. Klik Masuk.

6. Anda boleh mula melayari selama 30 minit. Masa mengunnakan internet akan ditunjukkan untuk rujukan anda.

Senarai Lokasi Wifi Smart Selangor:

1) Keseluruhan Senarai Lokasi Wifi Smart Selangor

2) Senarai Lokasi WiFi Smart Selangor di bawah pengawasan Majlis Daerah Kuala Selangor

Untuk Bantuan Dan MaklumBalas
Layari http://www.helpdesk.wifismartselangor.my 

FACEBOOK Page : Wifi Smart Selangor

Internet ISP : Telekom Malaysia

Jumlah hotspot Wifi Smart Selangor tersebut akan berterusan ditambah dengan tujuan untuk menbekalkan wifi dikeseluruhan Negeri Selangor.

Lokasi Wifi akan ditambah secara berperingkat dengan diberi keutamaan:

  1. Kawasan tempat tumpuan orang ramai seperti taman atau shopping mall
  2. Kawasan desa dan kampung
  3. Kawasan tempat tumpuan para pelajar kolej dan universiti
  4. Kawasan untuk golongan yang berpendapatan rendah di Negeri Selangor

Dapatkan secara ringkasan maklumat tentang berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Share Article

Author

Blogz

Follow Me
Other Articles
Previous

Kawasan wain terbaik yang belum ditemui di dunia

list taxi to klia
list taxi to klia
Next

List Taxi Service to KLIA untuk Taxi ke klia1 dan klia2

All Right Reserved!