Doctor2U: Dapatkan Perkhidmatan Doktor Ke Rumah Anda

Doctor2U: Dapatkan Perkhidmatan Doktor Ke Rumah Anda

552
0
Share:

blogz doktor2u2

SHAH ALAM: Aplikasi Doctor2U ialah sebuah aplikasi penjagaan kesihatan Uber mudah alih yang berperanan untuk membolehkan pesakit-pesakit dengan mudah mendapatkan seorang doktor untuk rawatan perubatan di rumah mereka. Aplikasi ini telah diakses dan dimuat turun oleh lebih 12,000 pengguna sejak dilancarkan pada Oktober tahun lepas.

Pengasas CEO aplikasi Doctor2U dan naib presiden IT BP Healthcare Group, Garvy Beh sambil berkata aplikasi mudah alih ini yang dibangunkan oleh syarikatnya boleh diakses dan dimuat turun oleh sesiapa sahaja bagi mendapatkan seorang doktor atau doktor pakar rakyat Malaysia yang bertauliah datang ke rumah pesakit melalui peranti mudah alih Android dan iPhone, dalam tempoh masa 60 minit.

“Pihak Kami telah mencatatkan sebanyak 12,000 pengguna aplikasi Doctor2U sehingga hari ini semenjak pelancarannya pada awal Oktober tahun lepas dan sebanyak 10 hingga 12 transaksi direkodkan setiap hari.

“Dengan hanya menekan butang pada telefon pintar anda, perkhidmatan kesihatan akan disediakan sehingga sampai ke rumah anda,” kata beliau kepada Bernama semasa selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BP Healthcare Group.

Aplikasi Doctor2U ini memerlukan pesakit menyatakan permintaan dengan maklumat mengenai masalah kesakitan atau tanda-tanda perubatan yang diperlukan dan selepas itu,  doktor yang berada pada lingkungan jarak 20kilometer akan dihubungi.

blogz doktor2u

Pada doktor yang memilih untuk menjawab panggilan itu, kemudiannya akan diberitahu mengenai lokasi tempat dan maklumat kesakitan mengenai pesakit tersebut.

Garvy Beh berkata, setakat pada masa ini sudah terdapat 250 orang doktor telah berdaftar di bawah panel mereka, ia termasuk doktor pakar kanak-kanak dan doktor pakar kardiologi untuk menyediakan perkhidmatan masa 24 jam kepada pesakit melalui aplikasi ini di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor.

Pengguna bolehlah mendapatkan khidmat Doctor2U dengan kadar caj bayaran yang dikenakan pada kadar tetap sebanyak RM250 dari (8 pagi hingga 8 malam) dan RM420 (8 malam hingga 8 pagi) untuk setiap permintaan.

Share:

Leave a reply