Resepi Nasi Ayam Taraf Hotel 5 Bintang

Apa menu yang boleh dimakan oleh semua orang semasa waktu makan tengah hari? Nasi ayam lah kak oi! ada ke orang tak makan nasi ayam? memang ada yang tak makan tapi kebanyakan suka dengan nasi ayam. Nasi ayam nie boleh didapati di mana-mana sahaja di gerai-gerai dan restoren di kawasan Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia. Nasi ayam secara tradisinya adalah hidangan masakan orang Cina, jadi tanpa buang masa, hari nie saya kongsikan anda semua rahsia resepi Nasi ayam yang marvelouss.

Ini dia resepi Nasi Ayam yang boleh dikatakan taraf hotel 5 bintang uolls dan yang paling penting mestilah kena sedap, bukan sedap yang biasa2 jer tau, nie sedap yang luar biasa, confirm anak-anak suka dan cik abang mesti puji punya. Nasi ayam nie memang banyak versi orang buat kan tapi untuk article kali ini kami kongsikan resepi daripada rakan FB iaitu Rozlyn Farah Diana. Memang resepi nasi ayam yang ringkas & cepat disediakan. Sesuai sangatlah untuk orang-orang yang malas macam anda, eh silap, macam kami. Jom kita mula masak.

Resepi Nasi Ayam
Bahan-bahan untuk nasi ayam adalah (Resepi ini  untuk masakan 2 orang makan):
– 2 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 2 helai daun pandan
– 1 kiub pati ayam
– Sedikit butter – sukatan butter boleh agak-agak sajalah dalam 2 hingga 3 sudu macam tue,bergantung kepada jumlah hidangan anda.
Ini pula bahan-bahan untuk ditumis:
– Bawang merah
– Bawang putih
– Butter
– Halia
– Panaskan sedikit minyak masak
– Cairkan butter bersama minyak masak
– Masukkan bahan-bahan tadi – lepas tu tumislah sehingga berubah warna
– Selepas itu, masukkan tumisan ini didalam periuk nasi bersama beras(beras yang sudah dibasuh ye) dengan daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk menjadikan nasi berwarna kuning.
Setelah bahan-bahan tadi dicampur dan digaul dengan sebati, bolehlah hidupkan rice cooker anda untuk dimasak.
Bahan-bahan untuk sambal nasi ayam kita ialah:
– 1 lada besar
– 7 ulas cili padi (tambahkan lagi kalau nak rasa lagi pedas)
– 1 biji tomato
– 3 senduk air rebusan ayam
– Potong bahan-bahan tadi sebelum dimasukkan dalam pengisar.
– Masukkan 3 senduk air rebusan ayam.
– Kisar sehingga hancur dan sebati.
– Sekarang masak Cili yang di kisar tadi diatas dapur.
– Campurkan garam, gula, air dan sedikit cuka
– Cuba rasa sedikit untuk cukupkan rasa secukup rasa (takut kurang garam dan sebagainya)
– Masak sehingga sedikit pekat baru padamkan api.
Bahan-bahan untuk perapan ayam:
– Kicap manis (Nak lagi sedap guna Kicap ABC)
– Sos tiram
– Madu
Sukatan dan kuantiti mengikut citarasa sendiri berdasarkan jumlah hidangan anda sediakan

Gaulkan semua bahan-bahan di atas bersama-sama dengan ayam yang direbus tadi. Rasanya sudah tak perlu tambah garam sebabnya sos tiram sudah masin.

Bila sudah digaul dengan sebati, perapkan ia selama 1 jam. Tetapi jika mahu cepat, bolehlah juga perap selama 30 minit pun sudah memadai tetapi lagi lama perapan lagilah sedap. Perapan kicap tu jangan dibuang ya, nanti tuangkan didalam mangkuk sebab ianya akan dihidangkan bersama dengan nasi nanti.


Panaskan minyak masak sehingga panas, lepas tue kecilkan api dan bolehlah masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng ayam dalam 5 hingga 7 minit macam tue, bila ayam sudah bertukar warna koko dan keemasan bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara untuk buat sup nasi ayam:
– Air rebusan ayam tadi
– Sup Bunjut
– 1 kiub ayam
– Sedikit garam (Sukatan untuk secukup rasa)

Haa ini lah rupa bila ayam yang sudah siap digoreng (Berkilat-kilat ayam nasi ayam kita nie)

Ini pula rupa sup nasi ayam kita, sambal dan kicap.

Tadaaaaa Nasi Ayam yang simple taraf hotel 5 bintang sedia dimakan. Selamat Mencuba.

Exit mobile version