Resepi Nasi Ayam Taraf Hotel 5 Bintang | Sedap Sungguh

Resepi Nasi Ayam Taraf Hotel 5 Bintang

136
0
Share:

Ini dia resepi Nasi Ayam yang boleh dikatakan taraf hotel 5 bintang uolls dan yang paling penting mestilah kena sedap. Nasi ayam nie memang banyak versi orang buat kan tapi untuk article kali ini kami kongsikan resepi daripada rakan FB iaitu Rozlyn Farah Diana. Memang ringkas & cepat disediakan. Sesuai sangat untuk orang yang malas macam kami.

Resepi Nasi Ayam
Bahan-bahan untuk nasi ayam adalah (Resepi ini  untuk masakan 2 orang makan):
– 2 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 2 helai daun pandan
– 1 kiub pati ayam
– Sedikit butter – sukatan butter boleh agak-agak sajalah dalam 2 hingga 3 sudu macam tue,bergantung kepada jumlah hidangan anda.
Resepi Nasi Ayam
Ini pula bahan-bahan untuk ditumis:
– Bawang merah
– Bawang putih
– Butter
– Halia
Resepi Nasi Ayam
– Panaskan sedikit minyak masak
– Cairkan butter bersama minyak masak
– Masukkan bahan-bahan tadi – lepas tu tumislah sehingga berubah warna
– Selepas itu, masukkan tumisan ini didalam periuk nasi bersama beras(beras yang sudah dibasuh ye) dengan daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk menjadikan nasi berwarna kuning.
Resepi Nasi Ayam
Setelah bahan-bahan tadi dicampur dan digaul dengan sebati, bolehlah hidupkan rice cooker anda untuk dimasak.
Resepi Nasi Ayam
Bahan-bahan untuk sambal nasi ayam kita ialah:
– 1 lada besar
– 7 ulas cili padi (tambahkan lagi kalau nak rasa lagi pedas)
– 1 biji tomato
– 3 senduk air rebusan ayam
Resepi Nasi Ayam
– Potong bahan-bahan tadi sebelum dimasukkan dalam pengisar.
– Masukkan 3 senduk air rebusan ayam.
– Kisar sehingga hancur dan sebati.
Resepi Nasi Ayam
– Sekarang masak Cili yang di kisar tadi diatas dapur.
– Campurkan garam, gula, air dan sedikit cuka
– Cuba rasa sedikit untuk cukupkan rasa secukup rasa (takut kurang garam dan sebagainya)
– Masak sehingga sedikit pekat baru padamkan api.
Resepi Nasi Ayam
Bahan-bahan untuk perapan ayam:
– Kicap manis (Nak lagi sedap guna Kicap ABC)
– Sos tiram
– Madu
Sukatan dan kuantiti mengikut citarasa sendiri berdasarkan jumlah hidangan anda sediakan

Gaulkan semua bahan-bahan di atas bersama-sama dengan ayam yang direbus tadi. Rasanya sudah tak perlu tambah garam sebabnya sos tiram sudah masin.

Bila sudah digaul dengan sebati, perapkan ia selama 1 jam. Tetapi jika mahu cepat, bolehlah juga perap selama 30 minit pun sudah memadai tetapi lagi lama perapan lagilah sedap. Perapan kicap tu jangan dibuang ya, nanti tuangkan didalam mangkuk sebab ianya akan dihidangkan bersama dengan nasi nanti.

Resepi Nasi Ayam
Panaskan minyak masak sehingga panas, lepas tue kecilkan api dan bolehlah masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng ayam dalam 5 hingga 7 minit macam tue, bila ayam sudah bertukar warna koko dan keemasan bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi Nasi Ayam
Cara-cara untuk buat sup nasi ayam:
– Air rebusan ayam tadi
– Sup Bunjut
– 1 kiub ayam
– Sedikit garam (Sukatan untuk secukup rasa)
Resepi Nasi Ayam
Haa ini lah rupa bila ayam yang sudah siap digoreng (Berkilat-kilat ayam nasi ayam kita nie)
Resepi Nasi Ayam
Ini pula rupa sup nasi ayam kita, sambal dan kicap.

Tadaaaaa Nasi Ayam yang simple taraf hotel 5 bintang sedia dimakan. Selamat Mencuba.

Resepi Nasi Ayam

Share:

Leave a reply