Bahasa MelayuBuku TeksPendidikan

Buku Cerita Online Untuk Nilam

Buku Cerita Online Bahasa Melayu Untuk Nilam

Dalam program NILAM, pelajar digalakkan membaca di mana-mana sahaja walaupun pada waktu luar sekolah. Namun begitu, waktu membaca di Pusat Sumber Sekolah atau sudut bacaan kelas perlu dijadualkan terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk melaksanakan aktiviti membaca.

Waktu lain juga boleh ditetapkan untuk aktiviti PSS yang berkaitan dengan kemahiran membaca, contohnya, aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa, atau mana-mana mata pelajaran lain.

Waktu Perhimpunan Mingguan — pelajar juga boleh meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit masa perhimpunan mingguan untuk membaca, seperti Ceramah Buku dan menulis ulasan buku.

Dibawah ini telah dikumpul buku-buku cerita nilam dalam bahasa melayu, Klik untuk membaca

Klik Pada Gambar Buku Untuk Terus Membaca Secara Online

Oleh itu marilah kita sama-sama memupuk nilai membaca dalam kalangan kanak-kanak, Ini merupakan program Kementerian Pendidikan Malaysia yang merupakan satu usaha untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid. Sekretariat Bahagian Teknologi Pendidikan menyelaras program ini di Kementerian Pendidikan dan menjalankan semua fungsi yang mungkin diperlukan untuk memulakan program ini secara aktif.