e-Operasi: Login Modul Operasi Data Guru 2024

APA itu e-Operasi?

Modul e-Operasi merupakan komponen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bidang Pengurusan Guru. Dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pendidikan, modul ini diselia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), sebagai sebahagian daripada Sektor e-Operasi dan Pendidikan KPM ( SOP).

Modul e-operasi ini merangkumi pentadbiran data yang berkaitan dengan guru dan bukan guru, melibatkan pelbagai kategori pengguna, khususnya pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) dan pengguna akhir (guru dan bukan- guru).

Kategori Pengguna

Pengguna utama modul e-operasi ini termasuk pentadbir sistem, khususnya mereka yang terlibat dalam pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah, serta pelbagai pengguna, terdiri daripada guru dan bukan guru.  Khususnya digariskan di bawah:

Pengguna
Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul e-operasi ini dan Pentadbir Sistem.

Pentadbir Sistem
Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul e-operasi ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

URL dan Pelayar (Browser)

URL bagi e-Operasi ialah https://eoperasi.moe.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla
Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

Penyataan Penafian

PENAFIAN: Pengguna aplikasi web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna.

Dibawah adalah Cara-cara Login e-Operasi KPM Modul Pengurusan Guru

Laman Utama e-Operasi

Laman muka Utama e-Operasi
– Laman utama e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting iaitu Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian. Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.
– Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat.
– Bantuan yang disediakan di e-Operasi adalah berkaitan lupa kata laluan, tukar kata laluan, dan pendaftaran pengguna.

Pendaftaran Pengguna


– Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar
kata laluan.
– Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem e-operasi dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Log Masuk


– Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem e-operasi dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

Lupa Kata Laluan


– Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada dilaman utama e-Operasi. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

Tukar Kata Laluan


– Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Semua ruangan wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.

Log Masuk Mengikut Peranan – Pengguna


– Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Senarai menu disediakan di sebelah kiri. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.

Pentadbir Sistem


– Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no kp. Beberapa menu disediakan di bahagian kiri untuk dipilih mengikut peranan. Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna.

Log Keluar


– Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Keluar bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan.

Exit mobile version