Walaupun saiznya kecil, kebaikan chia seed penuh dengan nutrien yang sangat penting.
Khasiat dan kebaikan Chia seed adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, kaya dengan antioksidan, dan ia menbekalkan serat, besi, dan kalsium.
Asid lemak Omega-3 membantu meningkatkan HDL kolesterol, kolesterol “baik” yang melindungi daripada serangan jantung dan strok.
Fakta Ringkas Mengenai Kebaikan Chia Seed:
Berikut adalah beberapa perkara penting mengenai khasiat dan kebaikan chia seed yang lebih terperinci dalam artikel ini.
Benih Chia seed adalah sumber yang semula jadi dari asid lemak omega-3, serat, antioksidan, besi, dan kalsium.
Untuk 28 gram sahaja, atau 1 sudu besar hidangan biji chia seed mengandungi 5.6 gram protein.
Campurkan saja dengan air, ia sudah boleh menggantikan telur dalam pemakanan diet kita.
Biji Chia seed boleh dimakan dengan memasak atau memakan secara mentah, tetapi ia harus ditambah ke dalam makanan lain atau direndam terlebih dahulu sebelum dimakan.
Kandungan Nutrisi Chia Seed
Menurut Pangkalan Data Nutrisi Negara Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), 28 gram, atau satu sudu besar chia seed mengandungi:
- 131 kalori
- 8.4 gram lemak
- 13.07 gram karbohidrat
- 11.2 gram serat
- 5.6 gram protein
- Tiada gula
Amalkan satu sudu chia seed setiap hari sudah menyediakan 18 peratus keperluan kalsium harian pada tubuh badan kita, 27 peratus fosforus, 30 peratus magnesium, dan jumlah kalium dan nutrisi yang lebih kecil. Chia seed menyediakan lebih banyak omega-3, kalsium, fosforus, dan serat daripada benih rami.
Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan
Banyak makanan yang berasaskan tumbuhan semula jadi termasuk chia seed telah lama diamalkan untuk merawat risiko terkenanya pelbagai penyakit dan merawat penurunan keadaan kesihatan yang buruk, termasuk darah tinggi, obesiti, diabetes, penyakit jantung, dan kanser.
Chia Seed juga dapat menbantu tubuh badan untuk mendapatkan kulit yang sihat, peningkatan tenaga, dan penurunan berat badan secara semuala jadi.
Khasiat Chia Seed Dan Nutrisi
Garis panduan pemakanan Amerika Syarikat (A.S.) untuk tahun 2015-2020, ia menunjukkan bahawa lelaki di bawah umur 50 tahun harus mengambil sebanyak 30.8 gram (g) nutrisi dan zat setiap hari dan wanita di bawah umur 50 tahun harus mengambil 25.2 gram sehari.
Bagi untuk pemakanan kesihatan chia seed pula, bagi orang dewasa yang berusia lebih 50 tahun, cadangan untuk lelaki adalah 28 gram chia seed sehari, dan untuk wanita, ia adalah 22.4 gram sehari. Kebanyakan orang mengambil kurang daripada separuh daripada nisbah itu.
Cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan nutrisi adalah lebih banyakkan makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, biji, dan bijirin yang tidak diproses. Tetapi hanya satu sudu khasiat chia seed dapat menbekalkan 10 gram nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Pengurangan Berat Badan
Makanan yang tinggi serat dapat menbuatkan perut berasa kenyang yang lebih lama, dan kadar kalorinya adalah lebih rendah. Dengan pengambilan chia seed dalam diet harian kita juga dapat membantu mengurangkan berat badan kerana dalam kandungan chia seed ini terdapat kadar asid lemak omega-3 yang tinggi dan asid alpha-linoleik yang dapat menbantu untuk penurunan berat badan.
Darah Tinggi Dan Kolesterol
Pengambilan chia seed juga telah dibuktikan dapat menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol. Kajian terbaru menunjukkan bahawa chia seed juga boleh memainkan peranan dalam mengawal sistem imun dan keradangan. Dengan cara ini, ia boleh mengurangkan risiko keadaan berkaitan keradangan seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser, dan obesiti.
Diabetes
Kebaikan Chia seed dikaitkan juga dengan risiko yang lebih rendah untuk terkenanya penyakit diabetes kerana ia dapat membantu menjaga gula dalam darah kita.
Berdasarkan tinjauan penemuan dari beberapa kajian besar, Institut Perubatan Nasional mendapati bahawa diet dengan 14 gram chia seed untuk setiap 1,000 kalori dibuktikan dengan pengurangan ketara dalam risiko kedua-dua penyakit jantung koronari dan 2 jenis penyakit diabetes.
Pencernaan Dan Detoks
Pengambilan chia seed setiap hari yang mencukupi dapat menghalang sembelit dan menggalakkan keteraturan untuk saluran pencernaan yang sihat. Pergerakan usus yang teratur adalah penting untuk mengeluarkan kotoran harian melalui hempedu dan najis.
Omega-3 Untuk Melawan Penyakit Jantung
Penyelidikan menunjukkan bahawa omega-3 boleh mengurangkan risiko trombosis dan aritmia, gangguan yang boleh menyebabkan serangan jantung, strok, dan kematian sakit jantung secara tiba-tiba.
Omega-3 juga boleh mengurangkan tahap LDL, jumlah kolesterol, trigliserida, mengurangkan plak aterosklerotik, memperbaiki fungsi endothelial, dan tekanan darah rendah.
Sumber tumbuhan semula jadi yang kaya dengan omega-3 adalah berasaskan tumbuhan dari biji chia seed, biji rami, minyak biji rami, dan walnut.
Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung
Chia Seed juga tergolong dalam kategori makanan biji-bijian dan kekacang. Setiap ibu mengandung memerlukan lebih kurang 10 gram nutrisi protein setiap hari untuk membantu perkembangan dan tumbesaran bayi didalam kandungan. Makanan daripada sumber bijian dan kekacang ini terdapat kandungan folate dan fiber yang tinggi.
- Untuk bayi– boleh menbekalkan nutrisi penting dan omega-3 boleh membentuk otak yang pintar.
- Untuk Ibu mengandung – melindungi otak ibu daripada berlakunya pengecutan, menguatkan daya ingatan, kurangkan masalah sembelit , membantu mengawal berat badan selepas dan semasa mengandung.
Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Menyusu
Google saja anda akan dapat melihat terdapat banyak testimoni ibu yang mendapati susu badan mereka meningkat dan bertambah bila amalkan chia seeds. Chia seeds memang terbukti merupakan Milk Booster yang sangat berkesan secara semula jadi disebabkan kandungan Omega 3 yang sangat tinggi.
Malah susu badan yang terhasil lebih berkhasiat dan kaya dengan protein, kalsium, dan antioksidan untuk memastikan tumbesaran baby yang sihat dan menghindarkan dari terkena pelbagai penyakit. Jom kita tengok feedback dari babycenter.com.
Cara Pemakanan Chia Seed
Chia seed agak mudah dicari di mana-mana kedai runcit utama, tapi kami sarankan anda membeli daripada Abik Chia Seed, kerana dijamin organik dan original.
Anda boleh taburkan didalam sarapan bijirin, yogurt, oat, atau smoothie. Ia juga boleh dimakan mentah atau dimasak, atau direndam dalam jus buah-buahan mahupun air kosong. Amat sesuai dicampurkan dengan puding, sup dan bubur. Disamping itu, biji Chia seed juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat biskut, kek dan roti. Disebabkan inilah Chia Seed mempunyai pelbagai jenis menu dan resepi terutama dikalangan mereka yang mahu menjaga penampilan dan kesihatan.
Chia seed tidak menpunyai rasa dan tidak terlalu berbau. Disebabkan ini juga membuatkan chia seed boleh dicampur ke dalam pelbagai jenis resepi makanan dan minuman. Jikalau chia seed diminum, maka cara terbaik adalah dengan merendamnya terlebih dahulu atau dicampur dan digaul bersama serbuk kopi atau nescafe kegemaran anda. Kerana chia seed akan mengembang sehingga mudah dicerna. Boleh rujuk gambar dibawah
KESIMPULAN
Chia seeds ini adalah dijadikan supplemen semulajadi yang 100% organik dan tidak mengandungi sedikit pun bahan kimia. Ia sangat padat dengan nutrien yang lengkap untuk kesihatan kita terutamanya untuk ibu dan bayi.