Diantara hujung bulan Mac sehingga April setiap tahun, sebanyak tujuh ribu pelancong yang akan berkunjung ke sebuah taman bunga yang terletak di bandar Shintomi pada setiap hari.
Apa yang menjadi perhatian mereka ialah bukan sahaja lambakan bunga merah jambu yang terkenal sebagai shibazakura, namun ada kisah percintaan di sebalik pemandangan yang indah itu.
Menurut Rocket News 24, taman itu seluas 3.3 meter persegi dan dimiliki oleh pasangan suami & isteri Toshiyuki Koruki dan isterinya, Yasuko. Tanah tersebut telah mula diusahakan sejak mereka berkahwin pada 50 tahun lalu.
Namun pada tahun 1986, Yasuko telah dijangkiti diabetes kronik yang menyebabkannya matanya buta. Kejadian ini telah menyebabkan Yasuko sangat tertekan dan mula memencilkan diri di dalam sebuah rumah kerana berasa kecewa tidak dapat untuk meneruskan percutian yang telah dirancang bersama suaminya.
Terasa hiba dan pilu dengan kemurungan Yasuko, Toshiyuki nekad mencari jalan lain untuk menghiburkan hati isterinya.
Bunga-bunga shibazakura di laman rumahnya memberi Toshiyuki ilham. Walau tidak dapat melihat mekar bunga oleh isteri yang buta, bukankah indah bunga tersebut dapat mencium bau wanginya?
Toshiyuki telah mengambil masa selama dua tahun untuk menebang pokok, menyiapkan keperluan taman, dan menjaga pucuk dan tunas bunga yang masih muda.
Sehingga kini, hamparan and kemekaran bunga merah jambu itu telah berjaya mengembalikan semula senyuman pada wajah Yasuko dan ini menjadikan bukti kisah sebenar sebuah percintaan bak bunga mekar.