Bantuan STRUmum

STR 2024: FAQ Semakan STR Bayaran Terkini Fasa 3

Semakan Status STR Fasa 3 Pada Ogos 2024

Disini kami paparkan beberapa soalan FAQ tentang semakan str fasa 3, bagi menentukan para penerima mengetahui sama ada mereka layak untuk menerima bantuan tunai STR yang dibayar sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Untuk Semakan STR secara online boleh layari laman web E-bantuan Semakan STR 2024

SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024

PEMBAYARAN STR 2024

Soalan 1 :    Bilakah Pembayaran STR ?

Pembayaran STR adalah seperti berikut:

Soalan 2 :    Siapakah yang layak menerima STR 2024?

Jawapan: Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Soalan 3 :    Berapakah amaun bayaran STR 2024 yang akan diterima oleh penerima?

Jawapan: Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah bawah Rm2500
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur)
Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
01,000500150150200
1 – 21,500500300350350
3 – 42,000500500500500
≥52,500500650650700
  • Kategori Isi Rumah Rm2501 – Rm5000
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur)
Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
0500100100150150
1 – 2750150200200200
3 – 41,000250250250250
≥51,250300300300350
  • Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun)
Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
35010010050100
 
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun)
Kelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
600150150150150
  • Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kategori PenerimaJumlah KelayakanKaedah Sumbangan
    Penerima STR kategori Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM          RM1,200  Penerima Semenanjung  Tanpa tunai MyKad RM100 sebulan (Jan 2024 – Dis 2024)
  Penerima Sabah / Sarawak / W.P. LabuanRM600 melalui kaedah pembayaran STR (2 kali setahun 19 Februari 2024 dan mulai September 2024)
    Penerima STR Kategori Bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM          RM600  Penerima Semenanjung  Tanpa tunai MyKad RM50 sebulan (Jan 2024 – Dis 2024)
  Penerima Sabah / Sarawak / W.P. LabuanRM300 melalui kaedah pembayaran STR (2 kali setahun 19 Februari 2024 dan mulai September 2024)
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.    RM300          Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.    RM150

Nota : Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Soalan 4 : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2024 pada November 2023 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

Jawapan: Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c).

Soalan 5 : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2024 dan permohonan tersebut telah lulus mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

Jawapan: Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c).

Soalan 6 : Permohonan Semakan STR 2024 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan pada April 2024. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

Jawapan: Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (a).

Soalan 7 : Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2024. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)

Jawapan: Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

FasaAmaun Bayaran
1RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
2RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Bujang)
3Rujuk Soalan 3 (a) dan (b) (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah)
4Rujuk Soalan 3 (a) dan (b) 4 (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah)

Soalan 8 : Saya telah Lulus Permohonan STR 2024 kategori Isi Rumah tiada maklumat anak berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dan telah mengemas kini maklumat anak pada bulan Februari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?

Jawapan: Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:

FasaAmaun Bayaran
1RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0)
2RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
3RM350 (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
4RM350 (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)

Soalan 9 : Permohonan STR saya Lulus STR 2024 Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dengan bilangan anak 1 – 2 orang. Anak ketiga saya telah lahir pada bulan Mei 2024, saya telah mengemas kini maklumat anak pada Julai 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 4. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?

Jawapan: Anda akan menerima amaun bayaran fasa 4 sahaja sahaja mengikut kategori kelayakan seperti jadual di bawah:

FasaAmaun Bayaran
1RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
2RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
3RM350 (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak 1-2)
4RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak 3-4)

Soalan 10 : Saya telah Lulus STR 2024 kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) / Bujang tiada maklumat anak. Saya telah menambah maklumat anak pada Januari 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?

Jawapan:    Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:

FasaAmaun Bayaran
1RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
2RM300 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
3RM350 (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)
4RM350 (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1)

Soalan 11 : Saya telah Lulus permohonan STR 2024 kategori berkahwin berpendapatan RM2,500. Walau bagaimanapun saya telah bercerai / kematian pasangan pada April 2024 dan saya telah mengemas kini status berkahwin kepada IBT tiada maklumat anak pada Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Bujang mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?

Jawapan: Amaun yang akan diterima berubah daripada kategori Isi Rumah kepada kategori Bujang. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:

FasaAmaun Bayaran
1RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0)
2RM150 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 0)
3RM50 (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Bujang)
4RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Bujang)

Soalan 12 : Saya telah Lulus permohonan STR 2024 kategori berkahwin (Warga Emas) berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Walau bagaimanapun saya telah bercerai/kematian pasangan pada Januari 2024 dan saya telah mengemas kini status berkahwin kepada IBT (Warga Emas) tiada maklumat anak pada Mei 2024 serta diluluskan dengan kategori Warga Emas Tiada Pasangan mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?

Jawapan:   Amaun yang akan diterima berubah daripada kategori Isi Rumah kepada kategori Warga Emas Tiada Pasangan. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:

FasaAmaun Bayaran
1RM500 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0)
2RM150 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 0)
  3RM150 (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Warga Emas Tiada Pasangan)
  4RM150 (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Warga Emas Tiada Pasangan)

Soalan 13 : Permohonan saya Lulus bagi kategori Isi Rumah tiada anak dengan pendapatan melebihi RM2,501. Walau bagaimanapun pasangan saya telah berhenti kerja. Saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan pada Februari 2024 dan diluluskan dengan kelayakan kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah mulai bayaran fasa 2. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?

Jawapan: Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori kelayakan terkini seperti jadual di bawah:

FasaAmaun Bayaran
  1RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0 : Pendapatan RM2,501-RM5,000)
  2RM150 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 0 : Pendapatan ≤RM2,500)
  3RM150 (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak 0 : Pendapatan ≤RM2,500)
  4RM200 (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak 0 : Pendapatan ≤RM2,500)

Soalan 14 : Saya telah lulus permohonan STR 2024 pada bulan Mei 2024 dan telah menerima bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2.

Jawapan: Tidak. Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2024 iaitu setelah pembayaran fasa 2 berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi fasa 3 dan fasa 4 sahaja.

Soalan 15 : Sekiranya saya ingin mendapatkan bayaran STR 2024 bermula daripada fasa 1, bilakah saya perlu membuat permohonan?

Jawapan: Anda perlu membuat Permohonan STR 2024 dalam tempoh 1 November 2023 hingga 30 November 2023 dan permohonan tersebut mestilah berstatus Lulus bagi memastikan anda menerima bayaran STR mulai fasa 1 hingga fasa 4.

SOALAN FAQ KAEDAH ATAU CARA PEMBAYARAN STR

Soalan 16 : Bagaimanakah cara pembayaran STR?

Jawapan: Cara Pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
  • Secara Tunai di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya: Status pengkreditan gagal kredit atauTiada Maklumat akaun bank

Soalan 17 : Saya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa membuat permohonan STR 2024, adakah pembayaran STR akan dibuat secara tunai kepada saya?

Jawapan: Sekiranya anda (pemohon) tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa membuat Permohonan STR 2024, pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Pasangan adalah warganegara dan melaporkan maklumat akaun bank – Pengkreditan ke akaun bank pasangan akan dibuat
  • Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank, tetapi pembayaran STR berstatus gagal kredit – Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
  • Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon

Soalan 18 : Pembayaran STR saya adalah melalui kredit ke akaun bank pasangan. Semakan pada jadual maklumat bayaran menunjukkan status pembayaran adalah Gagal Kredit. Bagaimanakah saya ingin menuntut bayaran STR tersebut?

Jawapan: Sekiranya pada menu Maklumat Pembayaran MySTR pemohon menunjukkan status pembayaran adalah gagal kredit ke akaun bank pemohon atau gagal kredit ke akaun bank pasangan, pemohon perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal pemohon bagi membuat tuntutan tunai bayaran STR 2024.

LAIN-LAIN SOALAN FAQ STR

Soalan 19 : Saya ingin membuat semakan status permohonan STR 2024 pada MySTR dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran STR dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?

Jawapan: Semakan maklumat pembayaran STR 2024 adalah pada MySTR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:

  • Nombor Pengenalan Akaun Kredit
  • Nama Penerima
  • Fasa Pembayaran
  • Jumlah Dikredit
  • Status Kredit
  • Nama Bank
  • No Akaun Bank

Soalan 20 : Sekiranya penerima bayaran STR telah meninggal dunia dan bayaran berjaya dikreditkan ke akaun bank, bagaimanakah proses pengeluaran wang STR?

Jawapan: Proses pengeluaran wang STR adalah seperti proses semasa yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Waris perlu hadir ke Bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan STR bagi tindakan selanjutnya.

Soalan 21 : Sekiranya saya diisytiharkan muflis dan akaun bank yang didaftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran STR?

Jawapan: Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan kebenaran membuka akaun bank / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran STR dibuat.

Soalan 22 : Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan STR. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran STR yang telah diterima?

Jawapan: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  • Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad / Nombor Pengenalan, alamat surat- menyurat dan sebab pemulangan;
  • Lampirkan draf / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
  • Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut: Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2, 62592 Putrajaya

Soalan 23 : Pasangan (isteri) saya tidak bekerja, tetapi No Pengenalan pasangan saya mempunyai pendapatan di bawah KWSP?

Jawapan: – Pendapatan tersebut merujuk kepada Program i-Sayang iaitu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima). Pendapatan ini dikira sebagai pendapatan isi rumah.

– Pendapatan tesebut juga boleh merujuk kepada Program i-Saraan iaitu inisiatif mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Soalan 24 : Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa saya adalah penerima bayaran STR Fasa 3?

Jawapan: Semakan status bayaran STR Fasa 3 boleh dibuat mulai 29 Ogos 2024 melalui:

  • Portal            Rasmi            Sumbangan           Tunai            Rahmah           LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran; atau
  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Soalan 25 : Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my?

Jawapan: Semakan status pembayaran oleh dibuat pada menu seperti berikut:

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Klik Maklumat Bayaran

Soalan 26 : Akaun bank semasa saya menerima STR Fasa 2 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 3 yang saya akan terima?

Jawapan: Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya status pengkreditan STR Fasa 2 adalah berjaya kredit. Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.